Monday, 23 April 2012

Segalanya selamat

Hari ini saya memohon kebenaran keluar sekejap dari majikan untuk mengiringi anak saya yang berusia  9 tahun untuk melakukan pembedahan kecil iaitu untuk membuang ketumbuhan diatas lidah. Sudah hampir setahun ketumbuhan ini disedari dan semakin membesar. Ketuat atau pun ketumbuhan ini sudah sebesar hujung pensil 2B. Alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar, tiada berlaku apa apa masalah. Hanya sedikit rintihan dari anak saya mungkin menahan sakit sebelum dibius.

Temujanji telah dibuat sebulan yang lalu dengan doktor pakar dari Hospital Permaisuri Nur Zahirah. Pagi tadi ternyata ramai doktor muda (pelatih) yang mengeliingi anak saya memerhatikan doktor pakar melakukan pembedahan. Saya masuk sama ke bilik pembedahan sebagai memberi perangsang dan semangat kepada anak..  Syukur pembedahan berjaya dan temujanji seterusnya sminggu lagi untuk membuang jahitan.

Wednesday, 18 April 2012

Buat lagi

Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah 3 dan 4 Mei ni saya bersama-sama rakan-rakan akan  ke Batu Balai hutan ulu Paya Beda. Sudah lama merancang dan sudah acapkali tertunda. Mudah-mudahan kali ini smuanya akan berjalan dengan sempurna dan seprti biasa setiap kali aktiviti luar dilaksanakan pasti akan adalah gambar sebagai kenangan. Tidak lupa saya akan upload disini sebagai tatapan bersama.

Sudah lama rasanya tidak berkhemah didalam hutan, kali terakhir seingat saya pada tahun 2006 iaitu sewaktu mengadakan ekspedisi merentas laluan bermula dari Sungai Terengganu, Tasik Kenyir, Terengganu ke Kampung Gusai, Ulu Tembeling Pahang. Perjalanan yang cukup menguji ketabahan dan ketahanan mental dan fizikal. Walaupun usia makin meningkat terasa juga untuk menikmati semula suasana alam flora fauna serta keasyikan bunyi aliran air sungai.

Sebagai seorang  bapa bagi anak-anak yang rata-ratanya terdiri dari lelaki, saya sentiasa menggalakkan anak-anak saya menyertai aktiviti perkhemahan. Terutamanya aktiviti kokrikulum di sekolah.

Tuesday, 17 April 2012

Al-FATIHAH buat ayahnda

Salam satu Malaysia, biasa diucapkan oleh ramai blogger. Saya pun tumpang sekaki. Sudah beberapa hari blog ini tidak diupdate. Sekarang ini perasaan sedang berbaur dengan dukacita kerana baharu sahaja kehilangan ayahanda tercinta pada hari Jumaat 13 April lalu jam 12.55 pagi.

Terlalu banyak kenangan yang indah bersama ayah. Kehidupan ayah sewaktu muda banyak mengabdikan dirinya dengan agama islam, mengajar dari masjid ke masjid serta surau. Bertugas sebagai Pembantu Pelawat. Waktu  itu sayalah pemandu peribadi ayah, menunggang motor Honda C70 pada setiap petang sebelum masuk waktu Maghrib untuk ke surau dan masjid yang telah ditetapkan. Masa itu umur saya masih remaja.

Kecil tubuh ayah tetapi  kuat berkerja dan penuh dengan semangat......Ayah tetap dihati kami semua. Al-FATIHAH buat Ayahanda tercinta

Monday, 9 April 2012

Tak payahlah marah-marah

Kenapa nak marah. Siapa yang kena marah. Tak payahlah marah-marah. Sehari dua ini aku tengok ramai yang marah-marah. Tadi di kedai kopi pun aku hampir kena marah. Nampaknya ramai orang yang jadi garang. Syabas dan tahniah kepada mereka yang dapat menyimpan kemarahannya itu

Yang ini pun satu satu hal, habis semua orang dimarahinya. Semasa sekolah, rakan sekolahnya dimarahinya dan ditempat kerja rakan sekerja pula kena marah. Jiran sebelah dah tak ambil kisah pasal dia takut kena marah. Katanya dia tidak suka orang bercerita pasal dia, tidak suka orang jaga tepi kain dia. Tidak selesa katanya tapi dia lupa dia buat rakan sekolah tidak selesa dia buat rakan sekerja tidak selesa dan dia buat jiran-jirannya tidak suka caranya. Bila orang bercakap pasal dia cepat pula melatahnya. Dulu katanya "apa peduli orang nak kata, ada aku kisah". Jadi kata saya tak payahlah marah-marah dan kata Nabil Raja Lawak pulak "Lu pikirlah sendiri".

Ini satu kes pulak, sampai marah-marah hentak-hentak meja di kedai kopi. Marah, tak puas hati. Sampai dikambus parit buang air yang digali ditepi tanahnya.Serba tak kena, buat ini salah buat itu salah semuanya serba salah. Ada sahaja yang tak betul pada pandangan matanya. Marahnya bukan main sampai merah anak mata mencerlung. Tidak pernah puas hati dengan apa yang dia dapat. Katanya sedikit sahaja sumbangan yang dia dapat. Tapi dia lupa sebuah rumah telah pun dimiliki hasil sumbangan.

Ini lain pula halnya, ditegur-tegur tidak dijawab. Marah gamaknya

Sunday, 8 April 2012

Program Konvoi Motorsikal

 Jumaat  6 April 2012 - Sekali lagi aku mengikuti Program yang dianjurkan oleh Kelab Belia MAYC Alor Keladi dan Kelab P-Pin. Kali ini merupakan Program Konvoi Motorsikal ke Sekayu dan ditugaskan mengiringi belia bermotor ini bersama Kawan-kawan dari Kelab FZ Besut.

Program bermula pada jam 9.30 pagi dan dilepaskan oleh wakil Pegawai Penerangan di Bilik Gerakan Peti Undi Lubuk Kawah. 

Program ini disertai oleh seramai 50 belia bermotor. Pn. Wan Adilah bt. Wan Awang, Pengerusi MAYC Kawasan Besut turut hadir dan menyertai konvoi ini sehingga ke Sekayu dan kembali semula.

Check point pertama di stesen Petronas Bandar Jerteh

 Check Point kedua di Chalok Kedai

 Antara permainan yang diadakan

 Sebahagian peserta konvoi menyaksikan acara sukan yang diadakan

Motor peserta yang disusun sebaris

 Johan pertandingan sepak bola kerusi

 En Osama ketua Marshall menyampaikan cenderahati kepada pemandu berhemah

 Bergambar kenangan

Thursday, 5 April 2012

Selepas itu dan selepas ini

Apabila kita mendengar rakan rakan bercerita satu kisah, akibat kita tidak sabar untuk terus mendengar penamatnya kita akan bertanya "selepas itu". Kenapa kita tidak tanya "selepas ini".

Selepas ini dan selepas itu adalah dua perkara yang berbeza. "Selepas ini" adalah mengambarkan peristiwa atau perbuatan yang akan dilakukan dan sementara "selepas itu" adalah peristiwa yang telah berlaku. Ada betul kah? sama-sama lah kita perbetulkan..

"Selepas itu apa yang berlaku" Jamil meminta kepastian

Cuba tengok pula dibawah ini tentang pengunaan ayat selepas itu

"Kita siapkan dulu lukisan ini dan selepas itu baru kita pergi makan" Kata Kamal pada rakan-rakannya

"Selepas ini apa yang kita perlu lakukan" Tanya Lina pada gurunya.

Maaf saya bukan guru atau pakar bahasa.. sama-sama kita kongsi.

Tuesday, 3 April 2012

Aku dan Gadis Itu - Part 3

Lama aku tidak jumpa gadis itu malahan dalam mimpi pun tidak kunjung tiba. Rasa rasanya hampir lima tahun tanpa khabar berita tapi apa mimpinya tiba-tiba muncul kembali. Muncul dalam keadaan yang berlainan, dalam imej yang berbeza hampir aku tidak kenali... ya sememangnya aku betul-betul tidak kenali kerana nama itu cukup asing malahan tanpa wajah pula hanya setangkai ros pengenalan diri. Menegur ku dalam petak bertaip khas.

"Slm"
"Abang tidak kenal saya"
"Saya tidak kenal"
"cepat abang lupa"
"Saya tidak pernah lupa, saya tidak pernah kenal nama ini"
"Tentu papa masih ingat lagi mama ...........??, ini mama"

hampir luruh jantung ini.... ya, ya aku masih mengenali mu, malah aku tidak pernah lupa walau sesaat pada mu wahai gadis itu.

"Saya ingat, malah tidak pernah lupa"
"Abang sihat sekarang"
"Saya sihat"
"Abang bahagia"
"Ya, bahagia"
"Saya dah kahwin dan ada 2 orang anak bang"
"oooohhhhh......."
"Abang tengok tak gambar anak-anak saya. Yang sulong tu mirip siapa"
".........??, kita chat semula. Salam, selamat malam"

Aku terus mematikan laman itu, sehari dua  malah seminggu dua. Aku takut untuk bercakap dengannya. Dahulu kalau gadis itu tiada aku terasa sunyi, terasa rindu tapi berlainan sekarang. Serasa aku tidak ingin dia hadir didalam hidupku walau sesaat.

Gadis itu, aku sudah ingin lari dari mu. Sememangnya kau sudah bahagia wahai gadis itu.

Sunday, 1 April 2012

Cerita Ayah

Salah satu jalan/lorong untuk ke Bukit Teratak Tumbang

"Perjalanan kita menuruni bukit ini agak sukar sikit dengan beban yang banyak" Tok Awang Ngah membetulkan ikatan petai dikayu kandaran. Gugusan petai yang diikat kemas dengan rotan itu dibetul-betulkan.

"Ghani, engkau bawa yang ini dan kau Jusoh bawa yang itu" Tok Awang Ngah menunjukkan dua kayu kandaran petai yang setiap satunya dibahagi sama banyak antara bahagian depan dan bahagian belakang.

Tok Awang Ngah mengangkat kandaran petai sementara Jusoh dan Ghani mengangkat petai bahagian masing-masing. Jusoh berjalan di hadapan dibelakangnya pula Ghani yang ternyata lebih muda 12 tahun dari Jusoh yang berjalan agak kekok kerana petai yang dikandarnya bergerak kekiri dan kanan. Ternyata lorong-lorong ditengah hutan dengan akar-akar pokok yang timbul dipermukaan tanah menyukarkan langkahan kaki Ghani tapi tidak bagi Jusoh dan Tok Awang Ngah. Sewaktu menuruni bukit, Ghani hilang kawalan imbangan tubuh dan melayah hampir jatuh ke dalam cerun bukit tapi bernasib baik sebatang pohon telah menghadang tubuhnya.

"Kan dah cakap jalan tu hati-hati sikit" marah Tok Awang Ngah pada Ghani. 

Ghani merupakan satu-satu anak saudaranya yang masih hidup dari anak arwah abangnya Majid. Abang Ghani iaitu Daud telah menghilangkan diri semasa zaman pemerintahan Jepun apabila Daud dikatakan telah menikam mati seorang askar Jepun.

Selepas membetulkan kandaran petai Ghani, mereka bertiga berjalan semula menuruni bukit hampir sejam berjalan mereka berhenti rehat disebatang anak sungai yang jernih. Ghani yang tertarik melihat ikan yang bermain di atas permukaan air telah mengambil beberapa ketul batu kerikil dan melontarkan kearah ikan. 

"Ghani, jangan buat begitu, kawasan ini keras" tegah Jusoh pada Ghani seakan membisik.

Tiba-tiba mata Ghani terbelalak dengan keadaan mulut yang terjuih serta air liur menitik dengan laju. Kaki Ghani menjadi kejang dengan tangan telah mengerekot keras. Melihat keadaan Ghani yang begitu Jusoh meminta Tok Awang Ngah mengambil air sungai dimana tempat Ghani mencampak batu tadi. Usai menjampi dan merenjis air yang dijampi Ghani telah kembali seperti sedia kala cuma keadaan wajah yang sedikit pucat. 

Jusoh memang mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang agama kerana banyak mengaji dipondok-pondok sekitar Kelantan dan juga tahu serba sedikit jampi-jampi menghalau jin dan iblis dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

"Lain kali jangan ditegur, kalau dia sudah buat biar dia buat sahaja" Tegur Tok Awang Ngah kepada Jusoh. Walaupun Jusoh anaknya itu banyak ilmu agama berbanding dengan dirinya tetapi tentang petua-petua bila berada di dalam hutan banyak lagi yang tidak diketahuinya.

"Ini kawasan Bukit Teratak Tumbang, luasnya  sampai hampir ke Sungai Banar arah selatan dan menganjur sehingga ke Lembah Kerian bersempadan dengan Lata Putih. Kawasan ini memang keras, jangan celupar mulut kalau nampak sesuatu pandang sahaja jangan ditegur dan kalau dengar. Dengarlah sedengar sahaja jangan dikata apa-apa" Bisik Tok Awang Ngah pada Jusoh dan Ghani dengan nada keras.

Mereka kembali meneruskan perjalanan yang terhenti hampir empat puluh lima minit. Kali ini Tok Awang Ngah yang berada dihadapan. Perjalanan kini semakin selesa kerana permukaan bumi yang semakin melandai. Kaki dilangkah dengan berhati-hati kerana banyak akar-akar pokok yang berbonjol-bonjol diatas tanah serta duri-duri rotan yang berseliratan, tersilap langkah kaki boleh tersadung atau betis luka terkena duri tambahan pula dengan beban petai yang dikandar mereka.

Tiba-tiba Tok Awang Ngah berhenti berjalan. Mengangkat tangan meminta Jusoh dan Ghani berhenti sama. Tok Awang Ngah meletak kandaran ke atas tanah. Perbuatan itu turut dilakukan oleh Jusoh dan Ghani. Tok Awang Ngah mendongak kepala keatas seolah-olah menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Engkau berdua tunggu disini sehingga aku balik. Jangan kemana-mana" arah Tok Awang Ngah pada Jusoh dan Ghani. Dengan sekali lompat Tok Awang Ngah menghilang dicelah-celah hutan Bukit Teratak Tumbang. Hampir setengah jam kemudian Tok Awang Ngah kembali semula bersama-sama Mamat Kerbau dan Yaakob. 

"Datang dari mana". Ghani kehairanan melihat akan kehadiran mereka berdua lantas terus bertanya. Jusoh menghulur air ke arah Mamat Kerbau dan akhirnya disambut pula oleh Yaakob.

"Sebenarnya kami mencari kerdas dikawasan hulu Sungai Banar dan tersesat masuk ke hujung sempadan Bukit Teratak Tumbang. Terserempak dengan harimau kami sempat panjat pokok, macam mana keadaan Awang Merah dengan Jali Loreh kami pun tidak tahu. Harap-harap tiada apa-apa yang tidak baik berlaku mereka berdua." Mamat Kerbau tertunduk menahan sedih.

"Kami berdua sempat memanjat pokok dan harimau tu pula menunggu di bawah pokok. Nasib baik ayah kamu datang menghalau harimau tu" terang Jali Loreh pada Jusoh. Jusoh tahu ayahnya Tok Awang Ngah ada ilmu harimau dan banyak petua-petua tentang hutan yang diamalkannya. Mereka berlima meredah hutan-hutan kecil dan semak samun. Lebih kurang lima belas minit berjalan mereka menyusuri tebing Sungai Banar.

Di Sungai Banar mereka terserempak dengan Jali Loreh dan Awang Merah. Mamat krbau snyum bila terpandang mereka berdua selamat. Dia tahu harimau tersebut tersebut tidak mengejar mereka sebaliknya menunggu di bawah pokok.  Kesemua mereka meneruskan perjalanan sehingga tiba di Tebing Sungai Besut hampir waktu maghrib. Tok Awang Ngah menyuruh kesemua mereka menyeberang sungai terlebih dahulu hanya meminta anaknya Jusoh bersamanya.

Tok Awang Ngah menghulur ranting buluh pada Jusoh dan meminta Jusoh memancakkan ranting buluh itu ke atas tanah sebelah kanan sementara dia memancak ranting satu lagi  disebelah kiri..... 

"Ada sesuatu yang mengikuti Jusoh." bisik Tok Awang Ngah

#############

"Ayah, Teratak Tumbang tiada lagi petai, tiada lagi kerdas. Pokok kelapa sawit banyak" terang Zaki pada ayahnya. Zaki tahu ayahnya sangat suka bercerita tentang Bukit Teratak Tumbang.  Terlalu banyak kenangan ayahnya pada Bukit itu.

Pernah ayahnya bersungut hendak ke bukit itu. Ayah tiada tiada tenaga. Ayah sakit. Kesakitan itu terlalu banyak meragut keupayaan ayah. Dia tahu ayahnya tidak akan sihat memandangkan usia ayah. Tapi ayah merindui bukit itu..

.

Lata Kerian, Besut

Jumaat 30 Mac 2012 - Sepatutnya Entri ini aku pos pada 31 Mac 2012. Disebabkan masalah broadband, line yang terlalu perlahan menyebabkan kelembapan proses upload gambar maka terpaksalah aku bercerita pada hari ini.

Daerah Besut sesungguhnya kaya dengan alam semulajadi yang cantik dan menarik termasuk pulau-pulau, pantai-pantai air terjun. Selain dari Air Panas La Hot Spring dan lata Tembakah, satu destinasi air terjun yang menarik ialah Lata Kerian.  Lata Kerian ini jarang dikunjungi hanya dikenali dikalangan masyarakat setempat, ini disebabkan tiada kemudahan jalanraya dan promosi untuk memperkenalkannya kepada masyarakt umum.

Kebanyakan perkara yang berlaku ke atas diri ku adalah secara kebetulan. Beberapa kali sepupu aku mengajak aku untuk ke Lata Kerian dan sentiasa aku menolak. Pagi itu melihat persiapan sepupu dan adik serta anak-anak saudara aku berubah hati bila mereka menyatakan pergi sekejap sahaja. Lagipun sudah lama aku tidak ke Lata Kerian, Kebanyakannya aku membawa keluarga ke Lata Tembakah dan La Hot Spring untuk mandi manda kerana perjalanannya lebih mudah.

Bertolak dari rumah di Jerteh sekitar jam 9.00 pagi melalui Ampangan Jajar Besut serta melintasi kebun getah, Jalan Padang Tapung - Durian Telur dan akhirnya melalui jalan-jalan dalam ladang kelapa sawit. Bermula dari cabang jalanraya yang menghubungkan Padang Tapung ini kami bermotosikal lebih kurang 20 minit dan tiba di pinggir Sungai Kerian. Aku masih ingat lagi kunjungan ku waktu dahulu tidak semudah ini kerana terpaksa berjalan kaki bermula dari sungai besut lagi.

Untuk ke jeram pertama yang jarak perjalanannya hampir setengah jam kami terpaksa berjalan di atas batu batu besar yang terdapat di tengah-tengah sungai. Langkahan kaki seharusnya berhati-hati kerana batuan yang licin berlumut

 Kami memutuskan sekadar mandi-manda di jeram yang pertama kerana kami perlu pulang sebelum solat jumaaat.  Kami hanya berada disini selama dua jam.

 Antara Spesis Kulat yang tumbuh di atas batang kayu reput

 Pepohonan yang tumbuh disekeliling sungai

 Diantara spesis rama-rama yang mesra

Bertolak pulang lebih kurang 12.00 tengahari

 Di bawah pokok inilah saya tergelincir rebah kerana terkejut apabila melihat ular tedung selar sebesar lengan