Saturday, 31 March 2012

Senyum tak perlu kata apa apa..

Senyum tak perlu kata apa-apa
Saya tersenyum sendiri bila mendengar anak saya yang paling kecil berusia lima tahun menyanyi lagu ini. Memang kanak-kanak mudah tertarik dengan lagu-lagu yang ringkas dan sentiasa didengar berulang kali...... terutamanya yang kerap dimainkan di kaca tv.

Cuti-cuti begini pun masih banyak kerja yang terpaksa dilakukan, hendak tak hendak terpaksa diselesaikan kerana terlalu sibuk berkerja saya terlupa untuk senyum. Seorang rakan datang bila melihat saya sibuk (walau sebenarnya tidak sesibuk mana) katanya "Senyum tak perlu kata apa-apa".

Ada satu moto yang digunakan disebuah jabatan kerajaan, motonya "beritahu saya jika saya terlupa untuk senyum"

Jadi teringat lagu yang dinyanyikan oleh anak saya tadi.

Wednesday, 28 March 2012

Ramalannya tepat atau mungkin kebetulan

12 Tahun dulu sewaktu berada di Tebing Sungai Tembeling, Pahang bersama seorang rakan sambil menunggu bot (feri) untuk ke Pejabat Taman Negara, aku didatangi seorang yang berusia dalam lingkungan 50an yang akhirnya memperkenalkan namanya Mat Kari. Disebabkan asyik melayan dia berbual saya tidak menghiraukan bot yang telah beberapa kali ulang alik.Didalam perbualan itu akhirnya dia meminta untuk saya dan rakan menunjuk tapak tangan kepadanya.

Dia membuat ramalan bahawa kawan saya akan mendapat kekayaan atau duit dalam tempoh 7 tahun sementara saya tidak akan kaya katanya tetapi akan ada rezeki lain yang akan saya perolehi dan sedikit kesenangan yang berterusan. Tidak tahulah sama ada secara kebetulan atau ramalannya tepat si rakan saya tadi telah mendapat durian runtuh hasil dari tanah yang dibayar oleh kerajaan sementara saya pula telah dinaikkan pangkat serta sampai sekarang saya merasakan sedikit demi sedikit peningkatan walaupun tidak kaya tetapi cukup untuk saya merasa bahagia.

Apa yang hendak dinyatakan disini ialah bukannya hendak percaya pada ramalan atau amalan nujum tetapi hidup kita pasti akan berubah bersama peningkatan usia kita serta seiring dengan usaha kita. Perkara yang lain itu adalah secara kebetulan sahaja. 

Setiap usaha pasti ada ganjarannya, kecuali bagi mereka yang malas dan masih lagi berpegang pada kata-kata ulat dalam batu pun boleh makan. Yang pasti kalau tiada usaha untuk membuka mulut bagaimana untuk makan dan mengunyah makanan.

Tuesday, 27 March 2012

Aku dan Gadis itu - Part 2

Hari ini gadis itu datang lagi. Datangnya seperti selalu, sekadar berbual sekadar bertanya khabar. Aku tahu kedatangannya bukan sekadar itu malah lebih lagi. Aku tahu dia datang kerana rindu.

Gadis itu..aaaahhh.. gatal aku jadi nya.

Bukan sehari dua gadis itu datang kepadaku. bahkan setiap hari dia datang malah saban malam dia didalam mimpiku. Akhirnya aku dirundung rindu, sama-sama merindu....

Kemana sahaja aku pergi gadis itu sentiasa sahaja bersama aku. dia sentiasa mengekori ku atas kerelaannya.

Aku tidak pernah memaksa semua atas kesukaannya, atas kehendaknya katanya dia rasa selamat bila bersama ku... 

tapi selamat kah aku...

Monday, 26 March 2012

Alhamdullilah..

Semalam Jam 10.30 malam selepas mengadakan majlis bacaan Yaasin, aku dan adik beradik serta anak saudara telah menghantar ayah ke hospital. Syukur Alhamdullillah, ayah dibenarkan balik jam 1.00 pagi. Kesihatan ayah tidak seperti dahulu lagi memandangkan usianya dah mencecah 90 tahun. Dia telah memakai beg kencing dah empat tahun lebih.Walaupun begitu kami tetap berdoa semoga dia kembali sihat walaupun tidak sepenuhnya.

Doa kami anak-anak semoga ayah kembali sihat dan berbual-bual dengan kami semua

Sunday, 25 March 2012

Konvoi Basikal

24 Mac 2012 - Sebenarnya tiada perancangan dari awal untuk aku menyertai sama Program Skuad 1 Malaysia & Konvoi Berbasikal Jelajah DUN Hulu Besut. Atas desakan dari anak-anak yang teruja untuk menyertainya, hendak tak hendak terpaksalah dilayan. Bukan sebagai peserta hanya sebagai pengiring bermotor.

Program ini dianjurkan oleh MAYC Besut dengan kerjasama Belia MAYC Alor Keladi, KRT Lubuk Kawah dan AADK Besut. Upacara perasmian pelepasan konvoi dilakukan oleh YB Hj. Nawi B. Mohamad ADUN Hulu Besut.

Program bermula dari Bilik Gerakan Peti Undi Lubuk Kawah dan berakhir di Pejabat Penyelaras DUN Hulu Besut di Kg. Pasir Akar dengan disertai lebih kurang 150 orang belia dan beliawanis.

ADUN Hulu Besut Hj. Nawi b. Mohamad melepaskan peserta Konvoi berbasikal

 YB ADUN Hulu Besut turut sama berbasikal

 Seorang peserta konvoi berbasikal mengedarkan risalah AADK

 Sebahagian Peserta konvoi  berbasikal bergambar kenangan

YB Hj. Nawi b. Mohamad berjaya menamatkan kayuhan

Wednesday, 21 March 2012

NIKMAT

Semasa dialam persekolahan dahulu saya mempunyai seorang rakan yang bernama Nik Mat. Nik Mat ni bukan rakan yang rapat dan sentiasa menjadi mangsa gurauan saya. dia ni jenis yang tidak kisah sangat.. Antara yang saya masih ingat lagi saya selalu berkata pada dia

"Alangkah nikmatnya kalau kau ada dekat dengan aku"

Sebenarnya saya bukan hendak cerita pasal sahabat saya si Nik Mat ni. Ini pasal NIKMAT dan anugerah yang Allah bagikan kepada kita semua.

Kita tidak payah pergi jauh dalam mempersoalkan nikmat yang diberikan Allah kepada diri kita, cukup sekadar kita merenungi kedalam diri kita sendiri tentang akan nikmat-nikmat yang telah dianugerahi Allah kepada diri kita..

Kita merasa begitu nikmat kerana dapat makan makanan yang lazat-lazat dari segala macam jenis yang terhidang. Bila nikmat makan itu tiba-tiba ditarik dari kita secara perlahan-lahan. Kita tidak dapat lagi makan belacan atau makanan laut (itu sebahagian dari contoh) terlalu banyak nikmat sehingga tidak terhitung.
"Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah-lah(datangnya), dan  bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu daripada kamu, tiba-tiba sebahagian dari kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain). Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu, kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).”

(An-Nahl: 53-55)

Tuesday, 20 March 2012

Aku dan gadis itu..

Aku tidak tahu bagaimana kesah aku dengan gadis itu terjadi atau sebetulnya bermula. Semuanya bermula dengan suka-suka. Aku suka melayan dia berbual dan sesungguhnya dia cukup selesa bila aku berbicara, dari topik ke topik.

Katanya aku banyak pengalaman, banyak pengetahuan walaupun aku tidak punya diploma atau ijazah.

"ahhaa... dik umur akan mematangkan kita dengan pengalaman tapi ilmu itu penting terlalu penting. Ilmu akan menjadikan kita cerdik dan pandai tidak mudah tergoda dan menilai mana yang baik dan buruknya" kataku padanya disuatu hari.

Sesungguhnya aku menyukainya kerana dia masih muda, cantik dan cukup berketerampilan . aahhhh...kulitnya masih pejal dan bergetah. Apa lagi yang diinginkan oleh seorang lelaki yang sudah seusia ku pada seorang gadis muda.

Dia suka pada lelaki yang sudah berusia tetapi masih lagi segak dipandang, punyai segalanya.Cukup pengalaman yang penting sudah terjamin kehidupannya.

Perempuan muda.  Berfikir waraskah kau?

Monday, 19 March 2012

Tulis... pasal kau

"Cerita apa yang kau nak tulis" kata Mat Dali kepada Lajim

"Setahu aku kau bukan pandai menulis, kau mana ada bakat" Mat Dali meneruskan kata-katanya semacam menyindir

"Lagi pun mana kau ada idea dan bahan ceritanya" sengih Mat Dali makin lebar.

"Aku nak tulis pasal kau, dalam diri kau banyak cerita, kisah hidup kau terutamanya bab kau kencing aku, tipu orang itu tipu orang ini. Pasti hebat cerita tu" Mat Dali terdiam. Kata-kata Lajim bagai satu pukulan yang hebat yang menghentak keras dikepalanya

"Dah lama aku nak tulis pasal kau, sebagai pedoman orang ramai"
Lajim mematikan kata-katanya.

Saturday, 17 March 2012

Hobi baru

Aku tidak galak lagi memancing macam dulu. Alatan memancing aku telah berhabuk dan berkarat dan banyak yang telah rosak. 

Aku tinggalkan hobi mengambil gambar tapi bukan sepenuhnya kerana kamera itu belum lagi aku jual

Sekarang banyak masa aku habiskan dirumah, bersama keluarga. Aku wujudkan hobi baru, MEMBACA.

Friday, 16 March 2012

Hangat-hangat tahi ayam.

Kau kata hendak buat itu, hendak buat ini
mana satu yang menjadinya
Dah lama kau kata
tapi satu pun tidak menjadi
aku dah bosan
bosan dengan kata kata kau
buat tidak pernah selesai

Thursday, 15 March 2012

Sibuk tapi Malas

Sehari dua ini aku dihinggapi penyakit malas, malas dalam segalanya aspek. Cuma satu yang belum malas iaitu MAKAN. Bukan tak banyak kerja kat pejabat - menimbun. Sibuk memang sibuk, aku diminta untuk menguruskan percutian, mudah sebut aktiviti mmancing di Tasik Kenyir. Hendak mengurus pun terasa malas. Balik rumah bukan tiada kerja yang harus dilakukan, kalau rajin semak belakang rumah dah lama aku tebas. Maaflah aku MALAS, malas nak tulis panjang-panjang

Sunday, 11 March 2012

Cerita-cerita Hantu

Ini bukan cerita yang aku punya. Cerita ini tidak pernah berlaku pada diri aku, aku tidak berada di dalam cerita ini. Ini bukan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah atau cerita Zombie Kampung pisang. Ini cerita hantu yang berlaku pada kawan aku. Kalau benar seperti apa yang diceritakan pada aku maka benarlah apa yang aku cerita kat sini begitu jugalah sebaliknya.

Berbalik pada kawan aku ini, hidupnya sentiasa dalam lingkungan cerita-cerita hantu. Bila orang bercakap pasal hantu dia akan bercakap pasal hantu. Orang cakap pasal mistik adalah juga ceritanya. Pendek kata hidupnya meriah dengan cerita hantu. Hendak kata dia berdamping dengan hantu jauh sekali. Kalau bab pasal hantu, dia ni jenis suka bercakap besar. Pernah sekali dia cakap kalau dia jumpa hantu dia nak sumbat dalam botol, bukan macam cerita Hantu Dalam Botol Kicap tu.

Dia ni jenis suka memancing, kegilaan pada memancing memang menjadi-jadi. Satu hari tu dia pergi memancing seorang diri setelah anak saudaranya yang sentiasa menemaninya memancing ada urusan lain. Kerana terlalu asyik memancing dia tidak menyedari yang waktu telah pun 2 pagi. Sedang asyik memancing dia dari samar-samar cahaya bulan dia melihat sebuah sampan menghampiri ke tempat dia memancing. Sebaik matanya berkelip dia melihat sampan itu telah berada jauh darinya. Dia berpaling untuk mengambil snek yang berada dibelakang,  sebaik sahaja kembali memandang kearah jorannya dia melihat sampan itu telah berada dekatnya dan selepas itu menghilang seperti asap dibawa angin. Bulu romanya meremang, baginya ini kerja hantu. Dia mengemas dan balik dengan menunggang motor, jarak perjalanan dari rumah dan tempat dia memancing lebih kurang 8 km tapi pada kali ini baginya jarak perjalanan terasa amat jauh, motor yang ditunggangi terasa terlalu perlahan dan berat. 

Masuk sahaja ke kawasan rumah dia terpandang seperti sesusuk tubuh manusia sedang duduk ditangga. Sebaik lampu motor mnyuluh dia melihat seorang  wanita yang berwajah buruk dengan mulut herot dan sebelah mata hampir terjatuh sedang menantinya. Dia terus memecut ke sebuah bengkel mengecat kereta berhampiran rumahnya kerana dia tahu budak-budak bengkel itu biasanya tidur lewat. Katanya dia terlupa pesan dan petua orang tua kalau diganggu hantu disesuatu tempat jangan terus balik ke rumah berhenti dulu di mana-mana tempat dalam perjalanan. Itu cerita dia, yang ni kurang pasti....

Saturday, 10 March 2012

Sesal

"Kau degil sama macam bapa kau" Kata Merah kepada anak jantannya.

Dia geram bila Lenteng tidak mendengar kata-katanya. Dia telah berpesan beberapa kali kepada anak jantannya itu supaya tidak bermain di tepi paya Selusoh. Kawasan paya yang bersemak itu ada macam macam jenis ular yang di takuti olehnya ialah ular sawa. Di paya itu juga ada musang tapi dia tahu musang tidak keluar pada siang hari. Mana tahu air paya yang kehitaman itu juga mengandungi buaya... ya.. buaya dengar khabarnya buaya inilah yang meragut nyawa lakinya. versi yang lain pula mengatakan suaminya disambar ular yang muncul dari dalam air. Mana satu yang betul dia tidak tahu.

Merah tidak mahu kisah yang terjadi pada lakinya dulu  berulang kembali kembali kepada Lenteng anaknya. Dulu galaknya jalak membawa padah. Kerana hendak menunjuk-nunjuk kehebatan kepada bini-bini mudanya dia telah tewas, tewas pada keegoan. Jasadnya kini mungkin telah bersemadi dan mereput didalam tubuh ular atau buaya itu. Cerita Lenteng anak Merah hendak membawa betina-betina muda menjadi buah mulut golongan tua terutamanya betina tua, ramai tidak menyetujui tindakan Lenteng itu. Golongan tua membangkang sepenuhnya, bagi mereka tindakan itu amat merbahaya. Kalau sudah tahu tempat itu merbahaya buat apa mengundang padah, apa lagi yang hendak dibuktikan.
Lenteng megah. Dia rasa bangga, jalannya mendabik dada. lenteng mendongak kepala menggangkat tinggi dan mengeleng. Lenteng bangga, dibelakang beberapa betina muda mengekori setiap langkahnya. Lenteng mengajak mereka semua kearah paya Selusoh, dia ingin menunjukkan kehebatannya.

Sesampai tepi paya Selusoh, Lenteng melompat tinggi ke atas dahan pokok kuar yang mengunjur panjang ke atas paya. Beberapa kali Lenteng berkokok nyaring dan panjang, bangga dengan keupayaannya hanya sekali lompat dia sudah sampai. Lenteng mula mengajak betina-betina muda itu lompat sama. Seekor betina muda dengan berani melompat tetapi lompatannya yang tidak kemas mendarat di ranting paling bawah, seterusnya dia melompat ke dahan tempat Lenteng bertenggek. Sebaik sahaja Betina itu singgah disebelahnya, Lenteng merasakan satu libasan menyinggahi ditubuhnya. Lenteng terjatuh di tepi paya dan betina itu terjatuh ke dalam air, hilang begitu sahaja. Lenteng hanya melihat kocakan air dipermukaan paya. Kejadian yang berlaku sepantas kilat itu menimbulkan kegemparan dikalangan betina betina muda, susup sasap mereka melarikan diri.
Masyarakat ayam mulai gempar, berita kehilangan betina muda itu cepat tersebar dikalangan masyarakat. Kini tahulah mereka bahawa misteri binatang yang telah menyambar Jalak, bapa Lenteng dulu ialah seekor ikan. Ikan arapaima gigas.

Kedegilan Lenteng telah mengundang musibah, Lenteng telah menerima cemuhan dari masyarakat hutan. Lenteng kesal kerana keegoan dia telah menyusahkan mereka semua malah ianya telah melibatkan kehilangan nyawa. Dia merasa bersalah dan sesal kerana tidak mendengar kata emaknya atau mereka yang lebih tua. Apa yang sebenarnya yang ia ingin buktikan. Ia tidak sepatut menurut kata hati dan darah mudanya,…. Ia kesal dan sesal yang menghantui seumur hidupnya

kredit picture shawnagrofarm

Monday, 5 March 2012

Pelik yer..

Cerita yang berlaku kelmarin/semalam bukannya menarik sangat sekadar untuk dipaparkan bersama sebagai renungan. Kisahnya berlaku bila adik saya yang bongsu bermotosikal hendak keluar dari rumah menuju ke jalan utama, sesampai diselekoh di tepi alor yang sebenarnya tidak berapa jauh dari rumah lebih kurang 50 meter dia ternampak seekor anak monyet sebesar labu lengan dan berekor panjang sedang bermain dengan dua ekor biawak. Terkejut dengan kehadiran adik saya ketiga-tiga binatang ini terus lari ke arah alor. Saya yang berkebetulan bermotor hendak keluar terlihat adik saya tertinjau-tinjau ke arah alor dan diseberang alor pula terdapat sebuah rumah usang yang telah lama ditinggalkan. Tertarik dengan gelagat adik, saya berhenti motor dan bertanya apa yang dilihat olehnya. Setelah mendengar cerita dari adik secara spontanya terpacul dari mulut saya mana ada benda macam tu dan tak pernah terpandang oleh saya selama ini. Sebenarnya jalan ini merupakan jalan utama bagi kami untuk keluar ke jalan besar. 

Semalam saya bermimpi telah didatangi monyet tersebut dan menyatakan bahawa namanya Iskandar Zaharum dan merupakan penjaga rumah itu yang telah ditinggalkan oleh tuannya. Dia tidak tahu kemana lagi hendak pergi sekiranya rumah itu roboh. Rumah itu sebenarnya dimiliki oleh seorang yang asalnya dikatakan berketurunan raja.... pelik... kenapa saya sampai terbawa-bawa dalam mimpi atau sekadar mengigau sahaja.

Satu lagi yang pelik tapi menarik bagi saya, sudah hampir seminggu bila tiba waktu hampir maghrib rumah saya dikunjungi seekor anak burung berkemungkinan dari spesis kelicap/jerijit sebesar jari kelingking anak saya yang berumur 5 tahun. Pohon Jeliti yang sedang berbunga lebat  didepan rumah menjadi kegemaran burung ini untuk menghisap madu. Malangnya saya tidak dapat mengambil gambar burung tersebut kerana pergerakan yang terlalu laju walaupun burung ini hanya semeter jaraknya dari saya....

Gambar sekadar hiasan 

Saturday, 3 March 2012

Kembali berekspedisi....

" Tak masuk hutan lagi ke abang".  

Itu soalan yang biasa aku terima bila bersua dengan bekas-bekas pelajar sekolah yang pernah aku bawa berekspedisi. Tidak kiralah ekspedisi mendaki gunung atau menjelajah hutan rimba atau hutan hujan tropika kita yang berusia jutaan tahun.

Sebenarnya aku rindu untuk kembali menjelajahi hutan terutamanya hutan taman negara. Bermula dari Terengganu dan berakhir di Pahang atau Kelantan. Menghirup udara segar pergunungan dan perbukitan, menikmati kedinginan air sungai berbatu batan yang belum tercemar. Mendengar irama cengkerik dan unggas serta aliran air sungai yang merempuh batuan, sungguh mengasyikkan.

Faktor kesibukan dan keadaan kesihatan tidak mengizinkan aku. Akhir-akhir ini gastrik lebih kerap menyerang menjadikan aku seakan letih dan tidak bermaya. Ekspedisi pada 2006 di kedudukan dua bukit terakhir sebelum sampai ke Kampung Gusai Ulu Tembeling Pahang aku telah terkena gastrik kerana lambat makan. Sekeping kek apollo dan dua biji ubat cimitidine telah melegakan.

Hijrah Hussin

Hussin duduk dibirai tangga rumah merenung jauh ke tengah baruh. merenung tanah sekangkang kera yang telah banyak berbakti padanya, pada keluarganya tetapi sekarang dia harus memikirkan kemana lagi dia harus mencari sumber pendapatan kalau tanah yang sekangkang kera itu hendak diregut dari tangannya. Memang mereka telah berjanji untuk memberi ganti tanah yang baru. Tanah dikaki bukit itu yang diberikan kepadanya.

Memang tanah itu lebih luas dari yang ada sekarang. Memberi tanah baruh dan menerima tanah di kaki bukit itu bermakna dia dan ahli keluarganya terpaksa berpindah sama ke kaki bukit itu. Apa yang ada di kaki bukit itu sekarang, semuanya semak samun, bersedia menerima bermakna dia bersedia untuk bermula dari kosong semula.

"Hussin......."  Pak Mahmud mengambil segenggam tanah dibatas padi lalu mengepal dan mengunjuk kepada Hussin.

"Hanya tanah ini yang kita ada.. ini tanah pusaka nenek moyang kita, ayah mahu kau jaga sebaik mungkin". Pak Mahmud melepas kepalan tanah itu jatuh ke air dan menghasilkan riak riak kecil air dan merempuh anak-anak padi.

"Hussin, hanya engkau seorang lagi yang tidak mengatakan kesanggupan untuk menyerahkan tanah itu yang lain semua telah bersetuju" Kata  Penghulu Deraman pada suatu hari

"Sebagai gantinya engkau akan diberi tanah di kaki bukit sana dengan sedikit bayaran" Kata Penghulu Deraman lagi.

Bagi Hussin bukan soal bayaran yang hendak dipertikaikan, dia tahu dia dan penduduk kampung yang terlibat tidak akan dianiayai. Bagi Hussin tanah sekangkang kera itu merupakan semangat dan jiwa ayahnya. Semangat yang semakin hari semakin goyah untuk dipertahankan.

"Ayah, bersetuju sahaja lah, nanti apa kata orang lain lagi pun dengan bayaran itu boleh lah kita buat rumah atau pun rumah kedai. Dengar katanya tanah dekat kaki bukit itu akan dibuat lebuh raya". Yamin anaknya yang berkerja sebagai pembantu pejabat di pejabat tanah  itu cuba mendesaknya pada suatu hari.

Hussin mencerlung mata kearah Yamin. Yamin mengalih dan berpaling ke arah lain, dia tidak sanggup menentang wajah ayahnya. Tiada kata-kata yang terucap dari bibir Hussin. Yamin tahu ayahnya cukup marah setiap kali persoalan berkenaan tanah diutarakan.

Hussin kembali berada di baruh, semilir pagi dari timur berhembus lembut membelai tubuhnya yang tidak berbaju. Hujan lebat semalam menyebabkan air hampir menengelamkan batas-batas padi. Beberapa ekor ikan puyu berebut semut yang jatuh ke dalam air. Hussin menuju ke batas yang berhampiran parit kecil Air yang memenuhi relung padi harus dikeluar segera, dia tidak mahu anak-anak padinya rosak. Di parit ini dia bersama-sama ayahnya mencari siput, ikan puyu, keli dan haruan. Parit dan relung ini akan tinggal sejarah akan menjadi kenangan tiada tanda lagi yang parit dan relung padi pernah wujud disini. Semuanya akan di timbus, dikambus bersama kenangan. Dia bukan menolak kemajuan tapi sayangnya pada tanah itu, tanah itu amanah Pak Mahmud, ayahnya.

Selama mana ia dapat bertahan desakan demi desakan terlalu menghimpit. Sesak nafasnya berfikir akhirnya ia melepaskan satu keluhan. Semalam di kedai kopi Jenab dekat kepala jambatan Yajid dan kamal benar-benar melepaskan kemarahan padanya.

"Abang, bersetuju sahaja lah seperti mereka yang lain. Anggap saja ini satu penghijrahan. Mana tahu hijrah kita nanti membawa kebaikan dan keberkatan". Akhirnya Siah isterinya bersuara.

 "Siah, bukan aku tidak mahu berpindah tapi aku sayang kan tanah itu. Banyak kenangan aku bersama arwah ayah lagi pun itu tanah pusaka, amanat arwah pada aku". Hussin tertunduk mengimbau kembali kenangan bersama arwah ayahnya.

"Lagi pun hidup kita di sini bukannya senang bang, yang ditinggal itu kenangan. Masa lampau akan tetap dalam ingatan" Siah bangun menuju ke arah dapur

"Nanti lah aku fikirkan, beri aku sedikit masa" Hussin kembali ke relung padi memandang ke hijauan anak-anak padi yang baru tumbuh.

"Maafkan saya ayah, saya tidak dapat pertahankan tanah ini". Gumam Hussin sendirian....
*************************************

Hussin merenung ke arah Restoran di tepi sebatang lebuhraya. Dia senyum sendirian. segala usahanya setelah berpindah ke kaki  bukit ini telah mencapai kejayaan, ternyata hijrahnya membawa keberkatan. dahulu dia takut meninggalkan kenangan. Kenangan akan tetap kekal dan tidak luput walau ditimbus atau dikambus sekalipun

Friday, 2 March 2012

Post pertama dalam blog yang baru

Nampak gaya saya terpaksa buat blog baru. Saya sudah lupa password atau ada orang yang telah godam saya punya password. Sayang, terasa sungguh sayang pada blog yang lama. Disebabkan kesibukan melayan facebook saya abaikan sahaja blog itu. Blog terdahulu mempunyai sejarah yang tersendiri, mempunyai catatan hidup walaupun tidak banyak yang tercatat tetapi ia adalah sebahagian dari kisah hidup. Kisah hidup yang ingin dkongsi, yang tidak ingin dikongsi disimpan sahaja sebagai rahsia.

Jadi saya persembahkan semula blog baru saya. Mana tahu ada yang ingin saya kongsi itu akan memberi faedah bersama.