Tuesday, 29 January 2013

Kosong... kosong

Januari 2013 tiada satu catatan yang aku lakukan sepanjang tiga minggu pertama 2013. Kesibukan dan keterlupaan pada blog dan juga kekeringan idea membataskan untuk mencatatkan.

Kosong.. kosong... idea campur dengan malas menulis dan sedikit kesibukan... 

Minggu ini anak anak tersenyum riang kerana mendapat wang Bantuan Khas Awal Persekolahan. Masing-masing sudah mempunyai perancangan, ada yang ingin membeli baju kokokurikulum ada yang ingin membeli buku buku latihan dan sebagainya. Mujur anak-anak tidak menggunakan duit itu dengan membeli perkara/bahan yang tidak berkaitan dengan pembelajaran.

Monday, 31 December 2012

Gelombang Kedua Banjir

Dalam keghairahan menyambut tahun baru 2013 dan keghairahan anak-anak untuk kembali ke sekolah. Hujan yang tanpa henti sehari semalam telah menyebabkan banjir untuk kali kedua bagi tahun ini. Kalau gelombang pertama banjir merupakan banjir yang terburuk sepanjang 12 tahun adakah gelombang banjir kali kedua ini lebih teruk lagi. 

Banjir yang berlaku 12 tahun dulu iaitu pada tahun 2000 telah menyebabkan ramai penduduk-penduduk di Kampung La Besut terpaksa berpindah dan ada rumah yang dihanyutkan. Gelombang banjir pertama tahun 2012 telah menyebabkan kerosakan teruk kepada rumah penduduk di Kampung Padang Bual Besut. 

Gelombang pertama banjir ini dikatakan berpunca dari Empangan Paya Beda yang dalam pembinaan tidak dapat menampung kapasiti air yang meningkat dengan cepat. Kini seminggu berlalu gelombang kedua mula menyusul.

Keadaan jalanraya yang ditenggelami air di Kampung La, Hulu Besut

Monday, 24 December 2012

Dah Banjir Dah

"Awalnya abah balik kija" Tanya anakku yang berusia lima tahun sebaik sahaja melihat aku balik.

"Tak, Abah sangkut banjir kat kg. Jerebun" terang ku padanya.

"Kalau gitu tengah hari nanti boleh pergi main air" Aku sudah dapat menangkap maksud kata-kata anak yang dia hendak pergi melihat keadaan air di Ampangan Jajar, Gong Duek.

"Jadi ke banjir tahun ni, abah" tanya anakku lagi..

"Jadi lah tu.. haaa.." kataku berseloroh...

Tengahari hari tu kami semua ke Ampangan Jajar Besut untuk melihat paras air sungai

Saturday, 8 December 2012

Mengepek

HARI Sabtu cuti hujung minggu tidak kemana-mana. Paling tidak pagi-pagi capai basikal seround dua keliling kampung, bakar kalori sedikit biar badan berpeluh. Lepak kat rumah, pagi-pagi lagi dengar anak bergaduh. Lepas itu ibunya campur tangan mengepek pada setiap anak. Kadang-kadang dari pagi sampai petang kerjanya mengepek sahaja. Tidak nampak tanda-tanda dia penat kerana asyik mengepek.

Kadang rasa terbakar juga telinga ini seperti diri aku juga yang dingepeknya. Yang akhirnya aku anggap sahaja sebagai satu alunan irama. Sunyi pula kalau rumah tiada suara anak-anak bergaduh dan akhirnya suara mengepek itu bergema.

Friday, 7 December 2012

Kena Tambah Lagi

SEMALAM aku membawa pulang satu unit komputer, menjadikan rumahku sekarang memiliki 2 unit PC, satu unit laptop dan 2 unit  notebook. Kesemua dua unit PC ini dipenuhi dengan permainan. Rasa-rasanya masih belum mencukupi.

Anak-anak masih lagi berebut untuk bermain yang akhirnya menjadi perbalahan kecil. Yang itu nak main yang ini nak main, kadang-kadang menyebabkan aku atau ibunya terpaksa campur tangan. Nampak gayanya aku kena tambah satu lagi

Thursday, 6 December 2012

Rise of Nation

PERMAINAN strategi ni aku memang suka main terutama bila aku mempunyai masa lapang yang panjang. Almaklum sahajalah masa permainannya yang panjang. Bermula dari zaman dahulu hingga ke zaman informasi. 

Friday, 30 November 2012

Laporan perubatan

SEMALAM ke HUSM Kubang Kerian berjumpa dengan doktor pakar Gastro dan juga bagi mengetahui keputusan ujian darah yang dilakukan pada dua minggu lepas dan hasil keputusannya :-

HDL - Chol (Cholesterol baik)
1.33
LDL - Chol (Cholesterol Jahat) istilah yang diberi
4.00
TG
1.64
Cholesterol
6.08

Keputusan 6.08 itu adalah tinggi. Paras kolesterol yang diingini oleh tubuh kita ialah

Total Kolesterol (TC)
Kurang 4.5  -  5.2 MMOL/L
LDL
Kurang 2.5  -  3.5 MMOL/L
HDL
Lebih daripada 0.9 @ 1.1 MMOL/L
TRIGLISERDIA
Kurang 1.5 - 2.3 MMOL/L

Aku tidak faham istilah itu semua dan terus bertanya doktor apa itu LDL, HDL dan TG

LDL (Low - Density Lipoprotien)
Kolesterol LDL yang berlebihan didalam darah akan menyempitkan salur arteri disebabkan sifatnya yang ringan dan seterusnya penimbunan LDL ini mampu meningkatkan risiko penyakit jantung dan stroke

HDL - High-Density Lipoprotien
Ini kolesterol baik kerana ia berfungsi mencari dan menganggkut lebihan LDL pada arteri untuk dibawa balik ke hati dan disimpan. Paras HDL yang tinggi akan membantu melindungi jantung dari penyakit jantung dan mengurangkan risiko.

TG - Trigliserdia
Sejenis lemak ringkas didalam aliran darah. Kehadirannya menyumbang kepada peningkatan LDL atau penurunan HDL.